EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan mengumpul dana yang diterajui warga kerja Roche

by moneycompass
Ogos 16, 2022
in Gaya Hidup
Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia - demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. 

(Dari kiri): Arno Kamm (Pengurus Besar Roche Services & Solutions Asia Pasifik), Mary Moses (Pentadbir Rumah Kanak-Kanak Trinity), Deepti Saraf (Pengurus Besar Roche Malaysia Sdn. Bhd, bahagian perniagaan farmaseutikal), Heng Chai Yin (Pengurus Besar Roche Diagnostics Malaysia Sdn. Bhd., bahagian perniagaan diagnostik) dan Chris Fan (Pengurus Besar Shelter Home for Children).

Share on FacebookShare on WhatsApp

Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia – demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

Di Malaysia, senario ini tidak berbeza, namun, ia menjadi lebih bermakna apabila berjaya mengecapi satu ‘pencapaian’ tambahan. Selepas dua tahun mengumpul dana secara maya disebabkan oleh COVID-19, warga kerja divisyen Farmaseutikal, Diagnostik serta Perkhidmatan dan Penyelesaian Roche berganding tenaga dengan semangat baharu dan  berjaya mengumpul dana bernilai RM63,200. Ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini dan dilihat akan memberikan perubahan kepada kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Jumlah tersebut akan dibahagikan sama rata dan disalurkan ke Rumah Kanak-Kanak Triniti dan Shelter Home for Children bagi membantu rumah-rumah amal itu meneruskan usaha murni mereka untuk menyediakan perlindungan, makanan, pakaian, panduan dan kasih-sayang kepada kanak-kanak yang memerlukan.

“Saya amat teruja menyaksikan tenaga, semangat dan keghairahan  yang ditunjukkan oleh warga kerja Roche yang tidak putus mengajak rakan-rakan sekerja mereka untuk menyokong usaha membantu kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia. Sebagai sebuah komuniti, kami dapat merasai semangat dalam memainkan peranan mereka demi membawa perbezaan dan disokong oleh kesedaran bahawa kami merupakan sebahagian daripada pergerakan global mampu untuk menyentuh perasaan demi memacu kesejahteraan dan memperkasakan perubahan kepada masyarakat. Inisiatif ini juga menjadikan kami sebagai satu pasukan,” kata Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche Malaysia.

Selama dua bulan warga kerja Roche Malaysia melancarkan pelbagai inisiatif mengumpul dana, daripada majlis pembidaan yang memaparkan bakat-bakat barisan kepimpinannya kepada penganjuran acara jualan yang turut melibatkan penjualan baju-t rekaan, topi dan payung yang direka sendiri oleh warga kerja Roche. Kemuncak usaha ini adalah penganjuran acara berjalan kaki dari Sunway Pinnacle sehingga Universiti Sunway yang melibatkan 400 warga kerja Roche. Acara fizikal itu diadakan semula selepas terhenti selama dua tahun. Namun demikian, pelbagai inisiatif mengumpul dana terus diadakan semasa pandemik.

Roche Children’s Walk adalah acara mengumpul dana kendalian warga kerja yang terbesar di Roche. Ia bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada masyarakat dengan memberikan sokongan kepada pelbagai projek berkaitan Roche Employee Action and Charity Trust (Re&Act), sebuah badan amanah dan kebajikan global yang bebas dan sah, serta projek-projek tempatan di lebih 60 negara yang mempunyai kehadiran Roche.

Setiap tahun dapat dilihat peningkatan penglibatan warga kerja Roche di seluruh dunia dalam inisiatif mengumpul dana ini. Tahun 2021 mengatasi rekod tahun sebelum dengan melibatkan 26,000 warga kerja daripada 138 lokasi di 60 negara, manakala pada 2020, seramai 18,000 kakitangan mengambil bahagian. Bersempena Ulang Tahun ke-125 Roche tahun ini, dijangka akan terdapat peningkatan signifikan dalam penglibatan warga kerja sebagai tanda keraian yang bersejarah dan penting ini.

Mewakili Rumah Kanak-Kanak Trinity, Pentadbirnya, Mary Moses, berkata, “Semasa pandemik COVID-19, perbelanjaan kami telah memberi kesan pada dana yang ada dan kami berhadapan dengan masalah kewangan. Dana daripada Roche Children’s Walk 2021 adalah penyelamat. Kami amat menghargai sumbangan Roche kerana rumah ini bukanlah penerima tetap sumbangan awam. Perbelanjaan bulanan kami agak besar dan dimanfaatkan untuk pembayaran sewa, bekalan makanan dan keperluan lain, khasnya dengan pembukaan semula sekolah. Dana yang disumbangkan Roche membolehkan kami untuk meneruskan usaha dalam menyediakan kediaman yang selesa dan selamat kepada kanak-kanak. Impian terbesar kami adalah untuk mendapatkan sebuah rumah tetap dan tidak perlu lagi membayar kos sewa yang tinggi, seterusnya menyediakan kediaman yang kekal untuk didiami kanak-kanak.”

Jerry Choo, Eksekutif Hubungan Awam Shelter Home for Children, berkata, “Shelter telah ditubuhkan pada tahun 1981 untuk melindungi kanak-kanak yang telah didera, ditinggalkan, terabai atau dalam risiko. Ia juga membantu perkembangan mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang matang dan bertanggungjawab. Inisiatif Roche Children’s Walk memberikan kami motivasi untuk terus berusaha keras bagi mencapai misi dalam memastikan kanak-kanak ini diberi peluang kehidupan melalui bimbingan dan perlindungan yang betul. Ini membenarkan mereka menjadi ahli masyarakat yang efektif dan produktif pada masa hadapan.”

Choo menambah, rumah kebajikan itu juga amat berbesar hati kerana dipilih sebagai penerima dana Roche bagi tahun kedua. Pada tahun lalu dana yang disumbangkan telah membantu membayar yuran tuisyen kepada kanak-kanak di rumah ini untuk membantu mereka mengatasi subjek-subjek yang lemah. Kami juga telah menyediakan sokongan kepada dua penghuni untuk melanjutkan pengajian peringkat vokasional dalam bidang seni kulinari dan kursus matrikulasi,” katanya.

Sejak penganjuran Roche Children’s Walk pada tahun 2003, lebih 274,000 warga kerja Roche telah berjaya mengumpul CHF 21 million (RM 98 juta) bagi manfaat projek-projek kanak-kanak berkaitan pendidikan, khasiat, penjagaan kesihatan utama dan pembangunan sosial di seluruh dunia. Kesemua dana yang dikumpul kemudiannya dipadankan oleh syarikat ini.

 

Baca Selanjutnya: Synergy Group dan LPSH Memperkenalkan Program Inisiatif Hijau di Selangor

Tags: Roche Malaysia
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Synergy Group dan LPSH Memperkenalkan Program Inisiatif Hijau di Selangor

Next Post

carching: Menukarkan KM kepada RM sambil pamer jenama

Related Posts

rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
insurans perjalanan
Gaya Hidup

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

07 Sep 2022
FWD Takaful
Berita Korporat

FWD Takaful lancarkan Komuniti Kita – permainan mudah alih baharu dan interaktif yang mengajar ilmu pengurusan kewangan dan takaful

22 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA