EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Jun 10, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

carching: Menukarkan KM kepada RM sambil pamer jenama

carching bekerjasama dengan jenama Malaysia untuk memperkasakan rakyat

by moneycompass
Ogos 30, 2022
in Berita Korporat
Sekiranya anda mempunyai kereta, carching, syarikat pemula Malaysia akan memberi ganjaran kepada anda yang menjadikannya sebagai platform penjenamaan.

Pengasas carching, Jeshua Choong

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Sekiranya anda mempunyai kereta, carching, syarikat pemula Malaysia akan memberi ganjaran kepada anda yang menjadikannya sebagai platform penjenamaan.

Menariknya, pemandu diberi kuasa untuk memilih jenama yang digayakan kereta masing-masing – suatu pendekatan yang ternyata mencetuskan rasa ingin tahu ramai pihak.

Pendekatan carching adalah dengan menghasilkan rekaan anggun balutan kereta yang dihargai oleh kedua-dua pihak, jenama dan pemilik kenderaan, yang mana unsur-unsur jenama diintegrasikan dengan baik pada anatomi kereta berkenaan.

“Kami melancarkan aplikasi beta kami dua bulan lalu, bersama-sama dua kempen perintis  dengan jenama daripada industri kewangan dan kecergasan. Menjelang akhir bulan ini, kempen ke-8 kami akan dimulakan dan kami bakal mempunyai sekurang-kurangnya 100 pemandu carching di jalanan, yang membolehkan kami menghulurkan lebih daripada RM40,000 ke saku rakyat Malaysia – seorang pemandu secara pasifnya boleh meraih sehingga RM500 untuk setiap kempen,” kata pengasas carching, Jeshua Choong.

Sasaran carching adalah untuk memperoleh 5,000 pengguna (pemandu) dan bekerjasama dengan 15 jenama menjelang akhir tahun ini namun Jeshua menjelaskan bahawa strategi perniagaan berkenaan untuk mencapai kejayaan adalah dengan mengimbangi kedua-dua bekalan dan permintaan secara teliti sebelum melaksanakan pertumbuhan lebih pesat.

“Kami membenarkan pihak jenama memilih ciri-ciri pada kereta yang akan menyerlahkan prinsip jenama atau mesej kempen mereka,” tambah Jeshua. Sebagai contoh, mengambil inspirasi daripada F1, kereta yang mempunyai profil yang lebih aerodinamik untuk menyerlahkan kelajuan boleh menarik minat jenama berkaitan bahan api. Rekaan carching untuk setiap balutan disesuaikan dengan kereta tersebut.

KUALA LUMPUR - Sekiranya anda mempunyai kereta, carching, syarikat pemula Malaysia akan memberi ganjaran kepada anda yang menjadikannya sebagai platform penjenamaan.
carching akan bekerjasama dengan beberapa syarikat perniagaan tempatan dan pemula.

Mulai Ogos hingga Oktober, carching akan bekerjasama dengan beberapa syarikat perniagaan tempatan dan pemula, termasuk Al-Ikhsan, Kee Nguyễn, Snappea, Speedhome dan Zus Coffee, bagi melancarkan kempen berasaskan Merdeka untuk memperkasakan rakyat dengan aliran pendapatan tambahan.

“Kami gembira mendapat sokongan jenama ini memandangkan kami berkongsi matlamat serupa bagi mewujudkan kebolehcapaian untuk rakyat Malaysia saban hari.”

“Misalnya, Speedhome menerusi skim Deposit Sifar menyediakan rakyat Malaysia dengan penjimatan ketara apabila menyewa hartanah. Begitu juga dengan pertumbuhan mengagumkan Zus Coffee yang didorong oleh matlamat mudah iaitu membolehkan orang ramai menikmati kopi artisan,” jelas Jeshua.

Justin Chan yang mengasaskan Snappea, jenama susu kacang pertama di Asia, menjelaskan bahawa cita-cita carching begitu seiring dengan misi jenamanya.

“Seperti carching, kami mahu membantu menghasilkan masa hadapan yang lebih mampan dan menyihatkan untuk rakyat Malaysia dengan menyediakan pilihan susu berasaskan tumbuhan yang lebih baik kepada pengguna.”

Beliau menambah bahawa misi carching membantu rakyat Malaysia terserlah menerusi kerjasama antara Snappea dan carching dalam #SupportLokal mereka untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dengan cara carching.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sdn. Bhd., Vach Pillutla, model perniagaan carching menarik perhatiannya.

“Konsep pengiklanan dalam perjalanan telah pun wujud buat sekian waktu dan jenama melihat bentuk pengiklanan ini sebagai suatu kaedah yang menjimatkan kos untuk menjangkau khalayak ramai.

“Namun kami memilih untuk meneroka platform carching kerana kami menggemari idea bahawa sebahagian besar daripada pelaburan penjenamaan kami akan diberikan kepada pemilik kereta individu. Pada dasarnya ia mendemokrasikan pengiklanan,” menurut Vach.

Lebih banyak lagi fasa yang bakal diketengahkan mengikut perancangan carching dan Jeshua menekankan bahawa semua solusi tidak akan mengganggu gaya hidup pengguna.

“Kami mahu melihat semula setiap aspek kereta dan bertanya pada diri kami sendiri, apa lagi yang mampu kami lakukan untuk pemilik kereta. Kami bercita-cita untuk membantu pengguna menjana nilai sehingga RM1,000 setiap bulan,” kata Jeshua, sambil menambah bahawa lokasi sasaran buat masa ini adalah Lembah Klang dengan perancangan untuk berkembang ke negeri lain dalam tempoh enam bulan akan datang..

“Justeru, matlamat 36 bulan carching adalah untuk membawakan teknologi kami di seluruh Asia Tenggara, terutamanya ke lokasi dengan jumlah trafik yang tinggi dan lokasi yang mempunyai penduduk yang ramai seperti Bangkok, Bandung dan Jakarta. carching yakin bahawa idea berkenaan akan meraih daya tarikan, terutama dengan lebih banyak jenama kini mencari strategi penjenamaan luar talian (offline) yang kreatif untuk mencipta keterujaan,” tambah beliau.

Buat masa ini, carching sedang mengumpul sejumlah RM500,000 dalam tempoh pembiayaan awal dan sebahagian daripada Program Pre-Accelerator MyStartup Cradle dan MIH untuk penggerak syarikat pemula, dinaungi oleh Techstars.

 

Baca Selanjutnya: Synergy Group dan LPSH Memperkenalkan Program Inisiatif Hijau di Selangor

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Next Post

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

Related Posts

Berita Korporat

Global Reskilling Movement: Mencipta Dunia Yang Lebih Baik Untuk Setiap Orang Menikmati Akses Mudah Kepada Pendidikan Berkualiti

27 Apr 2023
Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA