EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

Karangan oleh: Shafiq Wahab, Content Writer - Qoala Malaysia

by Sponsored Content
September 7, 2022
in Gaya Hidup
insurans perjalanan
Share on FacebookShare on WhatsApp

Sekiranya anda ingin bercuti ke luar negara, ada perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum travel iaitu insurans perjalanan. Meskipun ia nampak remeh, kebanyakan percutian yang dirancang tidak selalunya berjalan lancar seperti yang dirancang. Ada kemungkinan berlaku situasi luar kawalan seperti penerbangan dibatalkan, bagasi hilang, sakit teruk atau paling membimbangkan kemalangan semasa berada di luar negara.

 

5 Kepentingan Insurans Perjalanan Wajib Tahu untuk Cuti dengan Tenang

Apa maksud insurans perjalanan atau travel insurance? Insurans perjalanan ialah polisi insurans yang menawarkan pampasan kewangan sekiranya berlaku peristiwa yang tidak dijangka yang berkemungkinan boleh mempengaruhi pelan percutian anda seperti kemalangan dan sebagainya. Artikel ini akan membantu anda memahami aspek penting berkaitan insuran perjalanan ke luar negara untuk mengelakkan percutian idaman anda bersama keluarga atau rakan-rakan menjadi tidak seperti yang diimpikan.

 

1. Penerbangan Tertunda

Kebanyakan daripada anda mungkin pernah berdepan situasi penerbangan tertunda atau flight delay semasa bercuti. Walaupun ia merupakan sesuatu situasi yang biasa, ia bukanlah pengalaman percutian yang diinginkan. Jika anda memiliki insurans perjalanan ke luar negara, anda layak mendapat pampasan sekiranya berlaku kelewatan dalam jadual penerbangan disebabkan oleh masalah tertentu seperti isu mekanikal, penyelenggaraan pesawat atau faktor cuaca.

Sesetengah syarikat insurans menawarkan proses tuntutan insurans secara automatik bagi memudahkan urusan. Meskipun pampasan yang mungkin diterima tidak setimpal dengan masa yang terbuang, ia sekurang-kurangnya dapat menampung kos perbelanjaan tambahan yang digunakan untuk membeli makanan, buku dan sebagainya semasa dalam tempoh menunggu.

Namun begitu, jika anda terlepas flight disebab kesilapan atau kecuaian sendiri, ia tidak tertakluk dalam perlindungan insurans perjalanan anda. Anda disarankan untuk merancang perjalanan anda dengan baik untuk mengelakkan anda berdepan situasi sebegini.

 

2. Beg Bagasi Hilang, Lewat Sampai

Proses menunggu bagasi selepas perjalanan jauh yang memakan masa yang lama boleh menambahkan penat anda. Ia menjadi semakin menjengkelkan lebih-lebih lagi jika anda menyedari beg bagasi anda hilang atau sampai lewat tidak seperti yang direncanakan. Meskipun kebarangkalian situasi sebegini berlaku amat tipis, ia tidak bermaksud anda perlu menidakkan kebarangkalian masalah ini boleh berlaku.

Meskipun secara asasnya anda boleh claim bag bagasi hilang atau lewat sampai daripada syarikat penerbangan, ini tidak bermaksud anda tidak perlu mendapatkan insuran perjalanan ke luar negara. Ini kerana, proses tuntutan daripada syarikat penerbangan biasanya memakan masa yang lama dan proses tuntutan yang perlu dilakukan tidak semudah proses tuntutan dengan syarikat insurans.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkan insurans perjalanan. Sekurang-kurangnya, ia dapat meminimumkan impak kepada anda sekiranya bagasi anda rosak, hilang atau lewat sampai.

 

3. Kecemasan Perubatan

Situasi kecemasan seperti kemalangan kereta, jatuh sakit secara tiba-tiba merupakan perkara yang ingin dielakkan semasa bercuti. Perbelanjaan berkaitan perubatan di luar negara selalunya lebih tinggi berbanding dalam negara. Dengan memiliki insurans perjalanan, ia sedikit sebanyak boleh menampung sebarang kos rawatan di luar negara seperti kos konsultasi, yuran bilik, caj diagnostik dan sebarang perbelanjaan lain yang timbul akibat kemasukan ke hospital.

Selain itu, sekiranya anda ditakdirkan untuk meninggal dunia ketika berada di luar negara, pelan perlindungan insurans perjalanan membolehkan ahli keluarga anda untuk membuat tuntutan khairat kematian dengan mudah tanpa proses yang rumit. Anda mungkin sedia maklum bahawa proses bawa pulang jenazah ke tanah air bukanlah senang – ia melibatkan proses yang sedikit rumit dan boleh memakan kos yang tinggi.

Dengan adanya insuran melancong luar negara, ia boleh memudahkan urusan keluarga anda membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian.

 

Insuran Perjalanan vs Insurans Perubatan

Mungkin anda berpendapat yang anda tidak lagi perlu membeli polisi perlindungan tambahan seperti insurans perjalanan sebelum melancong ke luar negara sekiranya sudah memiliki insurans perubatan atau medical card peribadi. Secara asasnya, insurans perubatan dan insurans perjalanan merupakan dua perkara yang berbeza.

Walaupun insurans peribadi melindungi beberapa aspek seperti tuntutan khairat kematian, kecederaan dan sebagainya, ia tidak merangkumi beberapa aspek lain atau risiko berkaitan perjalanan anda seperti kehilangan bagasi, penerbangan terbatal atau berlaku kemalangan di tempat melancong.

Dalam erti kata lain, insurans perubatan hanya melindungi anda sekiranya berlaku kecemasan kesihatan di dalam negara. Insurans perjalanan pula bertindak sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku sebarang risiko seperti kemalangan atau kecederaan sepanjang anda berada di luar negara yang memerlukan rawatan di hospital.

 

4. Dokumen Penting, Duit atau Pasport Hilang

Malang tidak berbau. Meskipun sudah berhati-hati dan langkah berjaga-jaga telah diambil, ada potensi insiden kecurian atau kehilangan barangan peribadi seperti telefon bimbit, kad kredit atau debit, wang atau dalam kes paling buruk, pasport anda terutamanya di kawasan tumpuan pelancong. Situasi-situasi sebegini boleh berlaku sama ada berpunca daripada kecuaian seperti tersalah letak, tertinggal atau dicuri oleh penyeluk saku.

Dengan memiliki insurans perjalanan, kerugian akibat situasi sebegini boleh diminimumkan. Meskipun insurans perjalanan tidak menjamin keselamatan barang yang anda miliki 100 peratus, ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko kerugian sekiranya barangan hilang atau dicuri. Bagi kes kehilangan pasport misalnya, polisi insurans perjalanan boleh membantu anda dari segi kewangan semasa dalam proses mendapatkan permit perjalanan sementara, menampung sebarang kerugian (yang mungkin berlaku) sekali gus menjamin perjalanan pulang anda ke tanah air dengan selamat.

Biasanya, kos-kos seperti kos pengangkutan ke pejabat kedutaan, kos panggilan telefon ke negara asal, pencetakan sebarang dokumen penting termasuk penginapan sepanjang proses mendapatkan permit sementara sehingga selesai akan ditanggung oleh syarikat insurans. Tetapi perlu diingat, syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan apabila kejadian barang hilang berlaku disebabkan kecuaian sendiri.

Sebagai contoh, insurans perjalanan tidak akan menerima tuntutan sekiranya telefon bimbit anda hilang kerana anda tertinggal di atas meja di restoran lalu diambil oleh orang lain. Ini bermaksud, dengan adanya insurans perjalanan bukan bermakna anda boleh bersikap sambil lewa.

 

Langkah Mudah Jika Pasport Hilang Semasa Melancong di Luar Negara

Berikut langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berdepan situasi pasport hilang dan ingin mendapatkan permit perjalanan sementara untuk pulang ke tanah air:

  1. Laporkan insiden kepada pihak polis serta-merta;
  2. Pergi ke Kedutaan Malaysia yang berhampiran dan buat permohonan mendapatkan permit perjalanan sementara;
  3. Dokumen-dokumen seperti sijil kelahiran, laporan polis, kad pengenalan merupakan antara dokumen yang mungkin diperlukan;
  4. Biasanya, proses mendapatkan permit ini biasanya memakan masa selama tiga sehingga lima hari. Ini bermaksud, anda perlu menyambung tempoh penginapan anda sementara menunggu permit siap;
  5. Setelah selesai, anda boleh pulang ke tanah Segera gantikan pasport baru untuk mengelakkan sebarang masalah lain setelah tiba di tanah air.

 

5. Pembatalan Secara Tiba-tiba

Merancang perjalanan dan terpaksa membatalkannya pada saat akhir atas faktor-faktor tertentu boleh menyebabkan kekecewaan dan anda perlu menanggung semua kerugian melainkan anda telah dilindungi dengan insurans perjalanan. Sebagai contoh, jika rakan perjalanan anda atau anda tiba-tiba jatuh sakit pada hari perjalanan, anda mungkin layak mendapat bayaran balik untuk semua perbelanjaan yang telah anda keluarkan untuk menempah tiket penerbangan dan tempahan hotel.

 

Cara Pilih Pelan Insurans Perjalanan Terbaik dan Komprehensif

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli insuran perjalanan ke luar negara yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Berikut beberapa faktor yang perlu dititikberatkan sebelum beli insurans perjalanan:

  1. Bandingkan polisi dan ambil perlindungan yang diperlukan sesuai dengan bajet anda;
  2. Fahami istilah insurans dalam polisi insurans dengan teliti untuk mengelakkan salah faham – sesetengah syarikat insurans menawarkan polisi perlindungan yang berbeza bergantung pada polisi syarikat;
  3. Pastikan syarikat insurans yang dipilih mempunyai rangkaian kerjasama asing di luar negara yang baik. Ini bagi memudahkan bantuan diberikan sekiranya berlaku apa-apa perkara atau situasi tidak diingini;
  4. Pilih syarikat insurans yang menawarkan atau menyediakan khidmat bantuan kecemasan 24/7. Ini kerana, kemalangan atau situasi luar jangka boleh berlaku pada bila-bila masa;
  5. Kenal pasti perkara-perkara yang termasuk dalam perlindungan dan boleh dituntut. Ini penting supaya tidak berlaku perselisihan faham yang merugikan

 

Elakkan percutian yang dirancang menjadi pengalaman pahit yang sukar dilupakan. Anda disarankan untuk mendapatkan insurans perjalanan bagi mengelakkan kemalangan atau kecelakaan semasa berada di luar negara menjadi mimpi buruk bagi anda.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans terbaik online, layari laman web Qoala untuk   info   lanjut.   Qoala  menyediakan  rangkaian  insurans  daripada  insurans  perjalanan, insurans kereta, insurans motorsikal, insurans rumah dan insurans kemalangan diri daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh beli atau renew insurans yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda.

 

Baca Selanjutnya: Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Tags: insuransqoala
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

carching: Menukarkan KM kepada RM sambil pamer jenama

Next Post

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

Related Posts

rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia - demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. 
Gaya Hidup

Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

16 Ogo 2022
FWD Takaful
Berita Korporat

FWD Takaful lancarkan Komuniti Kita – permainan mudah alih baharu dan interaktif yang mengajar ilmu pengurusan kewangan dan takaful

22 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA