EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Disember 11, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Cradle Terus Perkasa Ekosistem Startup Tempatan Menerusi 28 Geran Cip Spark & Cip Sprint Diluluskan Bernilai RM 8.24 Juta

by moneycompass
Oktober 13, 2022
in Berita Korporat
Cradle Fund
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2022 – Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), meneruskan usahanya dalam memperkasa ekosistem startup tempatan dengan meluluskan permohonan 28 startup untuk tiga (3) kumpulan pertama di bawah program CIP Spark & CIP Sprint berjumlah RM8.24 juta sehingga September 2022.

Dilancarkan pada Mac tahun ini, kedua-dua geran bersyarat ini telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dengan misi menyokong perkembangan holistik dan pengkomersilan startup melalui pelbagai servis nilai tambah untuk mempersiap dan menyediakan mereka dengan pembangunan model perniagaan, penerimaan dan akses pasaran.

Ketika sesi ramah mesra bersama penerima geran Cradle, Juliana Jan, Naib Presiden Kanan, Geran di Cradle berkata 28 startup yang dipilih terdiri daripada pelbagai industri telah menunjukkan potensi yang besar dari segi penggunaan kemajuan teknologi, inovasi model perniagaan serta solusi penyesuaian pasaran. Dengan penganugerahan geran ini, ianya akan menjadi sebagai penghubung untuk mereka terus membangun dan mengukuhkan produk mereka, mendapatkan maklumbalas mengenai pasaran mereka dan membantu dalam proses pengkomersialan dan akses kepada pasaran sebelum mereka memasuki proses mendapatkan pelaburan lanjut. Ianya pasti akan memperluas lagi saluran dana pengkomersialan dalam ekosistem.

“Cradle, sebagai agensi fokal untuk ekosistem startup di peringkat awal melihat penganugerahan geran ini adalah sebagai satu langkah keyakinan dan usaha yang proaktif selari dengan aspirasi kerajaan untuk dikenali sebagai hub startup yang kompetitif. Cradle akan terus menyokong dan memperkasa ekosistem startup tempatan dengan mengetengahkan antara masalah paling utama bagi startup di peringkat awal, iaitu pembiayaan. Dengan menawarkan syarikat-syarikat ini dengan geran pembangunan, kami percaya ianya akan membantu mereka melepasi fasa” valley of death” dalam kitaran kemampanan startup kerana kami membantu mereka mempercepatkan proses pengkomersialan produk.” tambahnya.

Pada sesi ramah mesra tersebut, sebelas (11) startup telah diumumkan sebagai penerima kumpulan pertama. Mereka ialah:

 

STARTUP DESKRIPSI
1 Beebag Beebag ialah syarikat perusahaan sosial yang menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan plastic pakai buang. Dengan penggunaan beg kitar semula dan aplikasi telefon, syarikat ini ingin menggalakkan penggunaan beg kitar semula melalui gamifikasi dan ganjaran.
2 CoKeeps Platform CoKeeps bertindak sebagai pihak ketiga berkendiri, memantau aktiviti aset digital di pasaran modal melalui penjagaan dan servis tokenisasi.
3 Officio.work Officio.work ialah aplikasi ruang kerja digital direka untuk membantu perniagaan kecil melalui proses pemodenan operasi mereka dengan menyediakan perisian yang membolehkan mereka menguruskan operasi harian, pekerja dan klien, tanpa perlu bertukar antara pelbagai aplikasi atau pengurusan kendiri menerusi pakej yand lebih menjimatkan kos.
4 Apping Technology Apping Technology Sdn Bhd (Apping Technology) menyediakan templat perisian atau solusi perniagaan yang dibuat khas untuk digitalisasi dan automasi projek. Mereka membantu klien mereka untuk mempercepat proses perniagaan, meningkatkan tahap kecekapan di samping mengumpul data perniagaan bagi penambahbaikan operasi syarikat dan seterusnya, meningkatkan pendapatan syarikat.
5 Green QR GreenQR memperkenalkan teknologi peruncitan 5.0 terbaharu iaitu OMO. OMO ialah naiktaraf daripada konsep popular O2O yang membawa maksud Online Merge Offline. Ianya adalah perisian SAAS pertama bagi sistem daftar keluar kendiri di dalam bentuk laman sesawang dan aplikasi telefon.
6 Cloud Theatre Satu platform komprehensif yang menawarkan pengalaman teater digital secara langsung  dan servis jualan tiket  bagi komuniti seni persembahan. Penonton boleh menonton persembahan teater secara atas talian mengikut fleksibiliti masa mereka. Pemilik teater juga kini mempunyai pilihan untuk menjual tiket mereka secara atas talian dan di teater secara terus.
7 De Eco SR Hygiene  EcoDifesa ialah pembasmi kuman bagi udara dan permukaan yang mampu melindungi sehingga 12 bulan.
8 Pinetop Technologies Pinetop Technologies menyediakan platform pendigitalan Fleetata yang mempermudahkan rangkaian logistik rantaian bekalan. Solusi ini dibina khas untuk penyedia servis logistik seperti syarikat lori dan pembekal di dalam rantaian bekalan.
9 Core Halal CoreHalal ialah solusi halal digital yang komprehensif direka bagi merancakkan lagi ekosistem Halal dan menghapuskan masalah yang dihadapi industri halal. Corehalal ialah syarikat penyedia halal bagi pembangunan kapasiti, proses audit dan sistem pengesahan halal.
10 Delyva Delyva ialah syarikat tempahan pelbagai kurier penghantaran bagi e-dagang dan perniagaan ekspres. Pemilik perniagaan kini boleh memilih  kurier pilihan mereka bagi setiap pesanan dan membolehkan pelanggan mereka sendiri untuk memilih kurier pilihan mereka di samping berkomunikasi dengan lebih baik dengan para pelanggan.
11 Neuon Ai Roadplus ialah sistem pengurusan aset lebuh raya yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (Ai). RoadPlus menawarkan pemeriksaan jalan automatik, laporan ringkas dan platform kos rendah di mana tiada pelaburan besar diperlukan dalam perbelanjaan permulaan ataupun operasi.

CIP SPARK adalah geran pembangunan bersyarat yang menawarkan pembiayaan sehingga 18 bulan dan terbuka kepada individu, syarikat persendirian, syarikat perkongsian liabiliti terhad (LLP) dan syarikat Sendirian Berhad. Manakala CIP SPRINT adalah geran pengkomersialan boleh ubah bersyarat yang menawarkan pembiayaan sehingga 18 bulan dan terbuka kepada syarikat Sendirian Berhad, termasuk universiti dan institut kajian.

Untuk maklumat lanjut mengenai geran yang ditawarkan Cradle dan cara memohon, startup dan pemain ekosistem boleh melayari www.cradle.com.my

 

 

 

 

Tags: CIP SparkCIP SprintCradleCradle FundMOSTI
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Faktor-Faktor Mempengaruhi Harga Insurans Kereta Di Malaysia

Next Post

PLUS TAWAR PELUANG KONTRAK MELEBIHI RM900 JUTA SETAHUN KEPADA USAHAWAN TEMPATAN SEJAK LIMA TAHUN LALU

Related Posts

Berita Korporat

Generali Malaysia dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Terbaik Antarabangsa pada Anugerah Insurans Asia 2023

03 Ogo 2023
Berita Korporat

Generali Malaysia Memperkasakan Pemimpin Hari Esok Demi Mengejar Impian Mereka

25 Jul 2023
Authority Institute
Berita Korporat

Maverick Foo daripada Authority Institute Dinobatkan Sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia

30 Jun 2023

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA