EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PLUS TAWAR PELUANG KONTRAK MELEBIHI RM900 JUTA SETAHUN KEPADA USAHAWAN TEMPATAN SEJAK LIMA TAHUN LALU

PLUS salah sebuah daripada 26 syarikat Anchor dalam merealisasikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

by moneycompass
Oktober 13, 2022
in Berita Korporat
PLUS
Share on FacebookShare on WhatsApp

Petaling Jaya, 13 Oktober 2022 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menawarkan peluang kontrak secara purata bernilai lebih RM900 juta setiap tahun sejak 5 tahun lalu. Sebahagian daripada peluang kontrak tersebut turut melibatkan pemain-pemain industri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai manifestasi kepada komitmen PLUS terhadap pembangunan usahawan tempatan. Jumlah ini merangkumi penganugerahan kontrak dan penawaran pembelian kepada lebih 600 vendor yang berkelayakan.

“Walau bagaimanapun, sebelum pandemik Covid-19 melanda, kontrak melebihi RM1 bilion setahun ditawarkan kepada vendor-vendor yang berkelayakan untuk menampung keperluan operasi Lebuhraya PLUS,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Pada ketika ini, PLUS merupakan salah satu daripada 26 buah syarikat ‘Anchor’ di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam merealisasikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Di bawah program PPV ini, PLUS secara aktif menyediakan platform bagi membantu vendorvendor yang berdaftar untuk memperkembangkan potensi perniagaan dan kepakaran mereka dengan lebih meluas,” tambah beliau

Sehingga kini, kira-kira 1,200 vendor tempatan telah berdaftar bersama PLUS. Mereka merangkumi pelbagai kategori termasuklah kontraktor, perunding dan pembekal yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam pelbagai bidang kerja antaranya penyelenggaraan, naik taraf, pengoperasian dan teknologi lebuh raya, ICT serta perkhidmatan korporat.

“Aktiviti-aktiviti perolehan di PLUS juga telah membuka peluang perniagaan kepada lebih ramai sub-kontraktor dan pembekal untuk turut sama terlibat dalam industri lebuh raya di negara ini. Ia sekaligus dapat memperluaskan peluang perniagaan kepada mereka yang terlibat di dalam perusahaan kecil dan sederhana, Ini juga dilihat sebagai inisiatif ke arah usaha memperkasa usahawan era baharu agar selari dengan pembangunan yang lebih lestari,” jelas Datuk Azman lagi.

Beliau berkata demikian pada program PLUS Procurement Day di Persada PLUS hari ini. Program yang julung kali diadakan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Tan Sri Noh Haji Omar. Turut hadir adalah pengurusan tertinggi PLUS, warga kerja serta lebih daripada 100 vendor PLUS.

“PLUS Procurement Day bertujuan mengiktiraf sumbangan vendor-vendor dan kontraktorkontraktor kami dalam menyokong pengoperasian efisien lebuh raya kendalian PLUS. Program seumpama ini akan diteruskan lagi dalam memastikan vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor kami mendapat maklumat terkini dari segi arah tuju syarikat mahupun dari segi perkembangan teknologi dan keperluan pelanggan kami,” kata Datuk Azman.

Selain menumpukan usaha untuk meningkatkan operasi perolehan supaya menjadi lebih efisien dengan inisiatif pendigitalisasian dalam proses, Perolehan PLUS juga akan menumpukan lebih perhatian kepada pengukuhan hubungan antara pihak-pihak berkepentingan, terutama kepada para vendor. Inisiatif Hijau dalam Perolehan PLUS juga akan diperkenalkan mulai tahun 2023 bagi memacu implementasi Inisatif Hijau dalam perolehan. Advokasi berterusan berkenaan konsep perolehan hijau akan diberikan dari masa ke masa kepada vendor-vendor PLUS.

Pada majlis yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menyampaikan Sijil Pengiktirafan Prestasi Vendor PLUS 2022. Pengiktirafan ini diberikan kepada vendor-vendor yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam memberikan perkhidmatan dan penawaran pembelian produk kepada PLUS.

 

Baca Selanjutnya: Faktor-Faktor Mempengaruhi Harga Insurans Kereta Di Malaysia

Tags: KUSKOPPKSPLUSPlus highway
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Cradle Terus Perkasa Ekosistem Startup Tempatan Menerusi 28 Geran Cip Spark & Cip Sprint Diluluskan Bernilai RM 8.24 Juta

Next Post

MAJLIS ‘PLUS PROCUREMENT DAY 2022

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA