EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Plus Xnergy Menjanakan Kilang Teh BOH dengan Tenaga Solar

Bersamaan dengan menanam 500,000 pokok dan mengelakkan pembebasan 11,000 tan CO2 Solusi solar bernilai hampir RM2 juta melengkapi perjalanan ESG penanam teh lestari terkemuka dunia

by moneycompass
Oktober 31, 2022
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

Kuala Lumpur, 22 October 2022 – Peneraju solusi solar terkemuka, Plus Xnergy, akan memasang solusi solar bernilai hampir RM2 juta di fasiliti kilang penanam teh terkemuka dunia, BOH, yang terletak di Bukit Cheeding, Selangor dan Cameron Highlands, Pahang.

Pada April 2021, Plus Xnergy memulakan Fasa 1 pemasangan solusi solarnya di kilang BOH di Selangor, manakala Fasa 2 di Cameron Highlands yang disasarkan siap menjelang Disember 2022.

Dengan warisan yang berusia lebih 90 tahun, BOH komited untuk menjadi penanam teh dan pengeluar teh yang lestari sepenuhnya dalam masa terdekat. BOH adalah antara beberapa syarikat di dunia yang menanam, memproses, membungkus dan memasarkan jenama teh tanah tinggi mereka tersendiri.

Penanam teh terkemuka dunia, BOH, mendapatkan khidmat Plus Xnergy untuk memasang solusi solar bernilai hampir RM2 juta di tapak fasiliti kilangnya di Bukit Cheeding, Selangor dan Cameron Highlands, Pahang.

Pasaran teh global dianggarkan mencecah nilai hampir AS$30.3 bilion menjelang tahun 2027 dan telah menunjukkan potensi pertumbuhan CAGR sebanyak 5.6% di antara tahun 2022 hingga 2027. Pada masa ini, teh merupakan minuman yang paling banyak dinikmati dunia selepas air. Pasca pandemik, industri teh juga telah menjadi pilihan utama  pengguna yang menginginkan minuman semulajadi yang sihat, dengan permintaan meningkat terhadap teh dapat dilihat kerana pengguna mahukan manfaat antioksidan semulajadi yang terdapat di dalamnya.

“Hanya dengan persekitaran yang sesuai kita dapat menyediakan bru teh yang sempurna. Inilah yang menyebabkan kelestarian menjadi sebahagian penting dalam perniagaan BOH, disertai dengan fokus untuk mematuhi amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kami memilih Plus Xnergy kerana mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran teknikal yang sesuai untuk menyokong perjalanan kami untuk menjadi penanam dan pengeluar teh yang lestari dalam masa terdekat. Pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui merupakan langkah seterusnya yang semulajadi bagi kami, memandangkan ini adalah komitmen syarikat untuk terus menyumbang secara proaktif ke arah impak positif terhadap alam sekitar.

“Kami amat gembira dengan penjimatan elektrik segera sebanyak 33% yang dilihat susulan Fasa 1 solusi solar di Bukit Cheeding, Selangor. Setelah kedua-dua fasiliti kami dikuasakan dengan solusi solar ini, dan dalam tempoh 25 tahun, impak positif terhadap alam sekitar yang terhasil boleh diterjemahkan kepada penanaman sebanyak kira-kira 500,000 pokok dan mampu mengelakkan pembebasan sebanyak 11,000 tan karbon[1],” kata Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif, BOH Plantations Sdn Bhd.

Kelestarian telah menjadi fokus penting dalam keseluruhan operasi BOH. Pada tahun 2013, BOH telah memperolehi pensijilan taraf tinggi myGAP oleh Kementerian Pertanian untuk empat kebun tehnya. Pencapaian ini menunjukkan amalan terbaik BOH dalam memenuhi kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk segala proses di kebun tehnya.

“Ia merupakan satu pencapaian penting bagi industri teh, khasnya bagi satu jenama yang sinonim dan berkait rapat dengan warisan dan sejarah di Malaysia. Perlu diketahui bahawa setiap cawan teh BOH yang dinikmati juga adalah satu langkah penting ke arah kelestarian – kerana ia djana  oleh tenaga boleh diperbaharui. Ini merupakan satu pengubah pasaran yang penting dan kami menjangka usaha ini akan mampu memberikan impak yang lebih besar secara keseluruhannya terhadap industri makanan dan minuman.

[1] https://www.seda.gov.my/statistics-monitoring/co2-avoidance/

Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama Plus Xnergy (kanan)

“Sebagai pembawa perubahan solusi alam sekitar, Plus Xnergy menjalin kerjasama dengan perniagaan dalam memenuhi matlamat kelestarian mereka. Kami menyediakan solusi tenaga bersih yang menghasilkan impak positif terhadap alam sekitar serta membantu perniagaan terlibat untuk beroperasi dengan lebih efisien dan bertanggungjawab. Kami memfokuskan usaha kami terhadap syarikat-syarikat multinasional yang mempunyai komitmen untuk sehaluan  dengan komuniti global RE100,” kata Ko Chuan Zhen, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama Plus Xnergy.

Video perjalanan BOH ke arah kelestarian bersama Plus Xnergy boleh ditonton di sini.

 

Tags: BOHBOH Plantations Sdn BhdBOH TeaPlus Xnergy
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

MAJLIS ‘PLUS PROCUREMENT DAY 2022’

Next Post

7 Cara Mudah Simpan Duit Bagi Bayaran Pendahuluan Rumah

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA