EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pengalaman Digital Yang Lancar di Tapak Web AKPK Untuk Pemeriksaan Kewangan Yang Berterusan

by moneycompass
November 8, 2022
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

Kuala Lumpur, 8 November 2022 – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) komited untuk meningkatkan pengalaman digital pelanggan melalui tapak web yang kini berfungsi sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan semua akses kepada maklumat, sumber dan perkhidmatan AKPK.

Sejak penubuhannya pada tahun 2006, AKPK telah memberikan khidmat nasihat kewangan kepada lebih daripada sejuta rakyat Malaysia dalam memberikan panduan untuk membuat keputusan kewangan yang tepat, sementara seramai 400,000 daripada mereka telah menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK untuk penstrukturan semula hutang.

Pada 2011, AKPK mula memainkan peranan yang penting sebagai agensi yang memacu inisiatif pendidikan kewangan bagi pengguna dewasa, seperti yang ditetapkan dalam Pelan Sektor Kewangan (2011-2020).

Pada 2019, AKPK dilantik menjadi salah seorang ahli dalam Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang merupakan sebahagian daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (2019-2023) bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia serta menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab dan sikap yang rasional. FEN diterajui oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Mulai tahun 2020, mandat AKPK telah berkembang untuk turut membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, menjelaskan bahawa AKPK ialah sebahagian daripada ekosistem yang meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan. Selain daripada program penstrukturan semula hutang yang kukuh, AKPK juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan kewangan sebagai langkah pencegahan untuk rakyat Malaysia membina ketahanan kewangan.

Azaddin menambah, “Dalam menjalankan peranan utama kami untuk menjadikan kewangan rakyat Malaysia lebih berdaya tahan, kami turut berusaha untuk menjadi sahabat kewangan yang boleh dipercayai menerusi semua titik pertemuan kami dengan pelanggan, agar lebih ramai yang mahu datang ke AKPK pada bila-bila masa mereka memerlukan ketenangan fikiran dalam perihal kewangan.

Bagi tujuan tersebut, kami berhasrat untuk menjadikan AKPK sangat mudah diakses oleh pelanggan kami pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dan, ini hanya boleh dilakukan melalui teknologi digital.”

Tapak web AKPK ialah sebahagian daripada visi strategik yang kini menawarkan akses mudah sepanjang masa kepada semua tawaran perkhidmatan AKPK, termasuk melalui peranti mudah alih. Ia direka supaya orang ramai dapat mencari maklumat dengan mudah dan pelanggan sedia ada dapat mengurus atur pelbagai perkhidmatan AKPK yang diambil menerusi papan pemuka yang mudah digunakan—semuanya pada masa dan dalam tapak yang sama.

Sebagai satu mekanisma penjenamaan yang penting untuk menjadikan dan mengekalkan AKPK dalam minda isi rumah dan PKS, individu daripada sektor isi rumah dan PKS akan dapat mencari panduan dan penyelesaian daripada tapak web AKPK dengan lebih mudah untuk apa-apa isu pengurusan kewangan. Ini termasuklah alat pengurusan kewangan, termasuk kewangan perniagaan, seperti kit alat simpan kira-kira dalam talian AKPK untuk kegunaan peniaga kecil.

Tujuan AKPK mewujudkan tapak web yang menarik dengan pelbagai fungsi ini adalah untuk menggalakkan pelawat kerap melawat untuk perolehi maklumat, ilmu dan sokongan. Ini akan membantu usaha AKPK untuk mendapatkan lebih ramai individu mengamalkan nilai dan tabiat kewangan yang baik, mengambil langkah pencegahan dan segera mendapatkan bantuan dan nasihat apabila timbul tanda-tanda awal kecemasan kewangan. Tingkah laku kewangan yang betul ini boleh membantu menghindarkan keberhutangan serius, yang boleh membawa kepada masalah besar termasuklah jatuh muflis dan menjadi asas kepada masyarakat yang bijak kewangan.

Orang ramai boleh melawat tapak web AKPK di akpk.org.my untuk maklumat, panduan dan penyelesaian bagi semua keperluan pengurusan kewangan mereka.

 

Baca Selanjutnya: CELIK WANG 

Tags: AKPK
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

7 Cara Mudah Simpan Duit Bagi Bayaran Pendahuluan Rumah

Next Post

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA