EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

Bersedia untuk menyaksikan aksi mengujakan!

by moneycompass
November 11, 2022
in Berita Pasaran Tempatan
ULTRA
Share on FacebookShare on WhatsApp

Petaling Jaya,  10 November 2022  – Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.

ULTRAMAN DECKER

Pengunjung acara ini akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. 

Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.

 

 

 

 

 

Rasai aliran adrenalin di PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. Berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November*), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. (*Jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. 

Anda juga pasti terpegun dengan diorama menarik dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut. 

Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian. 

Antara produk utama adalah:

KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman anda. 

S.H.Figuarts ULTRAMAN (THE RISE OF ULTRAMAN)

Sebuah item eksklusif yang hanya boleh didapati di jelajah ini. Ia boleh didapati pada harga RM240.

Ultraman ini adalah berdasarkan komik ‘THE RISE OF ULTRAMAN’. Ia direka dengan bayang biru dan hitam di tempat-tempat penting tubuhnya bagi memberikan penampilan tersendiri seperti yang dilihat dalam komik.

 

 

 

 

 

 

 

S.H.Figuarts ULTRAMAN RIBUT

Boleh didapati di acara ini pada harga tawaran RM275.

Daripada ‘Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad’, Ultraman Ribut muncul dalam siri ‘Ultra Galaxy Fight’ serta ‘

Ultraman Trigger’!

 

 

 

 

 

 

 

S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE

Terbitan rasminya dijadualkan pada November 2022. Harga jualan figura ini adalah RM198.

Daripada ‘Ultraman Decker’, ketinggian figura ini adalah 150mm dan didatangkan bersama 4 bahagian gantian – pergelangan tangan kiri dan kanan, pemasa berwarna merah dan kad dimensi Ultra.

 

 

 

 

 

 

 

Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN.

Bandai Namco Asia merasa sukacita untuk mempersembahkan produk terbaharu mereka, S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER, kepada ramai peminat di rantau ini yang telah mengikuti perkembangan ULTRAMAN selama ini. Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk ULTRAMAN untuk memastikan dia menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka.

Para peminat boleh mendapatkan maklumat terkini Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN dan Figuarts menerusi laman Tamashii Nations South Asia (https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia),  Tamashii Nations (https://tamashii.jp/) dan Bandai Spirits Co Ltd (https://www.bandaispirits.co.jp/).

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.

 

 

Tags: ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIAULTRAMANULTRAMAN LIVE SHOW
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pengalaman Digital Yang Lancar di Tapak Web AKPK Untuk Pemeriksaan Kewangan Yang Berterusan

Next Post

PM umum 18 dan 19 November cuti

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022
Berita Pasaran Tempatan

USAHA SAMA STRATEGIK PERNAS-TMGV TAWAR PELUANG FRANCAIS F&B BAHARU

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA