EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Fiesta PLATS @ KAWAN 2022

Mengetengahkan 100 penjaja dan usahawan mikro yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pendigitalan Platform Selangor

by moneycompass
Disember 1, 2022
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

Shah Alam, 1 Disember 2022 – Buat julung kalinya, Fiesta PLATS @ KAWAN 2022 akan diadakan mulai 3 – 4 Disember tahun ini dan akan mengetengahkan lebih daripada 100 peniaga berdaftar meliputi penjaja makanan dan minuman, pengusaha trak makanan dan usahawan mikro di bawah program Platform Selangor (PLATS). 

Acara dua hari secara percuma itu dianjurkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) dan akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam antara jam 8 pagi hingga 10 malam. 

Pelbagai aktiviti menyeronokkan diatur untuk pengunjung yang boleh menikmati pengalaman seperti menaiki belon udara panas, gerai permainan, aktiviti melukis wajah dan pelbagai acara lain. Bermula jam 7 malam hingga 10 malam, pawagam terbuka akan menyiarkan tayangan filem sebagai hiburan menyihatkan buat rakan dan seisi keluarga berkumpul bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek berkata, matlamat utama program PLATS adalah membantu golongan peniaga kecil untuk mendigitalkan perniagaan mereka menerusi usaha celik teknologi dan memperkasakan mereka dengan kemahiran digital bersesuaian serta meluaskan operasi perniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik. 

“Matlamat kami adalah untuk meluaskan inisiatif PLATS bagi memenuhi pelbagai keperluan usahawan kecil dan membantu mereka dengan lebih berkesan dan efisien. Fiesta PLATS @ KAWAN 2022 adalah satu daripada pelbagai inisiatif yang dirancang untuk golongan ini menjana pendapatan dan pendedahan lebih meluas untuk perniagaan mereka.”

Beliau menambah, program PLATS terus menjadi tunjang kukuh dalam rancangan kerajaan negeri bagi memperkasakan usahawan mikro dengan set kemahiran bersesuaian yang akan memastikan kelestarian perniagaan kecil.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, berkata PLATS bermatlamat terutamanya untuk membantu penjaja dan perniagaan kecil setempat meningkatkan pembabitan mereka menerusi kehadiran dalam arena digital dan sosial media ke arah usaha mengembangkan perniagaan masing-masing. 

“Inisiatif PLATS sememangnya penting supaya ia terus berkembang menerusi usaha untuk mendigitalkan dan melatih penjaja tempatan. Kami sudah pun melihat impak positif dalam kalangan 20,000 usahawan mikro yang dibantu menerusi usaha promosi dan peningkatan kemahiran.”

Beliau menambah, acara berkenaan akan terus meningkatkan usaha untuk menggalakkan dan mempromosikan pendigitalan perniagaan seumpamanya serta membina kehadiran mereka secara dalam talian dan luar talian. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Fiesta PLATS @ KAWAN 2022, sila layari https://platselangor.com.

Tags: fiesta plats kawan 2022PLATSPNSB
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pembukaan Jewel Cafe di Pusat Beli-belah AEON Bukit Tinggi di Klang, Selangor.

Next Post

AKPK Lancar Aplikasi Diagnostik Kewangan dan Perakaunan

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA