EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

By Hariz Hafiz, Penulis – Qoala Malaysia

by Contributor
Disember 13, 2022
in Berita Korporat, Kompas Kewangan, Kompas Usahawan
Peril Khas
Share on FacebookShare on WhatsApp

Kerosakan kereta disebabkan bencana alam adalah tidak murah untuk dibaiki dan kadang-kala boleh menelan kos lebih tinggi daripada harga kereta itu sendiri. Walaupun anda mungkin rasa kawasan anda tidak terdedah dengan risiko bencana alam seperti banjir, anda mungkin akan memandu kereta dan pergi ke tempat yang berisiko banjir untuk tujuan bercuti, kerja dan sebagainya.

Contohnya, anda bekerja di Lembah Klang yang sejak kebelakangan ini sering mengalami banjir apabila hujan lebat berpanjangan berlaku. Ini menunjukkan kejadian seperti banjir boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa. Cuaca buruk sejak kebelakangan ini turut menyebabkan kejadian seperti tanah runtuh dan pokok tumbang menghempap kereta turut terjadi.

Jika anda tidak mempunyai peril khas (special perils) yang melindungi kereta anda ketika ditimpa bencana alam, anda sendiri yang perlu tanggung kos pembaikan kereta anda yang akan menelan kos yang tinggi. Peril khas memberikan anda bantuan supaya anda tidak dibebani dengan semua kos untuk membaikinya dan juga mampu memberikan anda ketenangan minda kerana anda tahu anda ada insurans untuk cover sekiranya banjir atau apa-apa bencana alam berlaku.

Kenapa Perlu Peril Khas?

Insurans kereta merupakan satu perkara yang wajib dimiliki oleh semua pemilik kenderaan di Malaysia. Tanpa insurans kereta, anda tidak akan dapat memandu kereta anda secara sah di sisi undang-undang dan anda juga tidak akan boleh renew roadtax anda. Seperti yang anda tahu, tujuan utama insurans kereta adalah untuk melindungi anda daripada kerugian sekiranya anda terlibat dalam kemalangan. Secara amnya, terdapat tiga jenis insurans kereta untuk anda pilih iaitu:

  • Insurans pihak ketiga
  • Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
  • Insurans komprehensif

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi oleh polisi-polisi di atas. Contohnya, jika kereta anda tenggelam banjir, polisi insurans komprehensif sahaja tidak akan dapat membantu anda. Disebabkan ini, terdapat perlindungan tambahan atau add-on yang anda boleh sertakan di dalam polisi anda seperti perlindungan cermin depan dan perlindungan peril khas.

  1. Maksud Peril Khas

Secara asasnya, peril khas merupakan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya.

Mengambil perlindungan tambahan ini merupakan salah satu langkah proaktif dan anda disarankan untuk ambil kerana ia akan dapat melindungi kewangan anda. Anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat insurans jika anda terpaksa membaiki kereta anda yang rosak disebabkan bencana alam.

  1. Harga Perlindungan Peril Khas

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan perlindungan special perils ini seperti AXA, Etiqa, Lonpac dan banyak lagi. Secara amnya, kos perlindungan peril khas berbeza-beza bergantung kepada pembekal insurans anda. Syarikat insurans biasanya menawarkan kadar bayaran sekitar 0.20 peratus sehingga 0.50 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan bagi kenderaan anda.

Contohnya, anda mengambil peril khas daripada syarikat insurans yang mengenakan caj 0.50 peratus. Katakanlah jumlah diinsuranskan bagi kereta anda adalah RM65,000, jumlah yang anda perlu bayar untuk dapatkan perlindungan tambahan special perils ini untuk tempoh setahun adalah sebanyak RM325 sahaja.

  1. Cara Dapatkan Perlindungan Peril Khas

Anda boleh menambah polisi tambahan peril khas ini pada bila-bila masa dengan menghubungi ejen atau syarikat insurans anda. Meskipun begitu, anda disarankan untuk renew insurans kereta dengan tambahan perlindungan peril khas sekaligus. Ini kerana, proses penambahan perlindungan tambahan boleh menjadi sedikit rumit jika dibuat berasingan. Sesetengah syarikat insurans akan meminta untuk membuat pemeriksaan kenderaan jika anda ingin menambah special perils dalam polisi insurans semasa anda.

Sebab utamanya adalah untuk mengesahkan bahawa kenderaan anda belum rosak – ada sesetengah pihak akan cuba menipu sistem dengan menambah peril khas hanya selepas kereta mereka mengalami kerosakan akibat bencana alam. Disebabkan ini, anda digalakkan untuk dapatkan perlindungan tambahan ini semasa anda renew insurans kereta.

Kebiasaannya, semasa anda membuat pembaharuan insurans kereta, anda boleh lihat akan ada ruang untuk anda menambah jenis perlindungan. Untuk memudahkan proses membeli insurans, anda boleh renew insurans kereta anda di Qoala yang mempunyai pembekal-pembekal insurans yang menawarkan perlindungan special perils. Anda boleh dapatkan sebut harga insurans percuma anda dalam masa kurang daripada satu minit.

  1. Cara Menuntut Insurans Kereta yang Mempunyai Peril Khas

Apabila kereta anda mengalami kerosakan kerana terlibat dalam keadaan yang tidak diingini seperti banjir, anda boleh membuat tuntutan dengan perlindungan peril khas.

Berikut adalah cara menuntut peril khas untuk panduan anda:

  1. Kumpulkan Bukti

Jangan cuba untuk hidupkan enjin kereta kerana jika anda berbuat demikian, kereta anda mungkin boleh mengalami kerosakan lebih teruk. Perkara penting

yang anda perlu lakukan adalah ambil seberapa banyak gambar dan video yang mungkin akan membantu untuk membuat tuntutan anda.

  1. Hubungi Syarikat Insurans Anda

Hubungi syarikat insurans anda dengan segera dan beritahu mereka tentang situasi anda. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans semasa proses claim insurans:

Senarai-senarai butiran atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans seperti:

  • Maklumat seperti lokasi, masa dan tarikh kereta mengalami kerosakan;
  • Gambar kerosakan kereta;
  • Salinan lesen memandu pemilik kereta;
  • Salinan kad pengenalan pemilik kereta;
  • Salinan geran kereta;
  • Salinan polisi insuran;
  • Sekiranya ada, sediakan butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta.

Setelah penyerahan dokumen-dokumen ini telah dibuat kepada ejen insurans atau syarikat insurans, anda akan dimaklumkan mengenai tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan insurans anda.

  1. Hantar Kereta Ke Bengkel Panel

Pihak syarikat insurans biasanya akan menyediakan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kenderaan anda ke bengkel panel untuk dibaiki. Anda boleh dapatkan senarai bengkel panel daripada syarikat insurans anda. Sebaik sahaja kereta anda dibaiki, jumlah itu akan dilindungi oleh syarikat insurans.

Semoga perkongsian mengenai perlindungan peril khas atau special perils ini akan dapat membantu anda membuat keputusan untuk mendapatkan polisi ini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta komprehensif termasuk perlindungan bencana alam seperti banjir, layari laman web Qoala, platform insurans dan takaful terbaik di Malaysia untuk info lanjut.

 

 

Tags: Peril Khas
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

AKPK Lancar Aplikasi Diagnostik Kewangan dan Perakaunan

Next Post

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Foto 1_ (Dari kiri) Thomas Tan Koon Peng, Pengarah LINK dan Pejabat BNM, Bank Negara Malaysia, Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKPK, Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian P
Berita Korporat

AKPK Lancar Aplikasi Diagnostik Kewangan dan Perakaunan

05 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA