EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

Lebih daripada 23,000 penuntut universiti mengundi firma pilihan mereka pada majlis Anugerah Pilihan Graduan Ke-5.

by moneycompass
Januari 12, 2023
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Naib Canselor Universiti, Provosts_CEOs, Pemimpin Pengurusan Universiti, VIP dan Talentbank

Kuala Lumpur, 12 Januari 2023 – Talentbank baru-baru ini mengumumkan pemenang bagi Anugerah Pilihan Graduan (Graduates’ Choice Award – GCA) 2023 – Anugerah Penjenamaan Majikan Siswazah Paling Berwibawa Asia Pasifik.

Majlis berkenaan yang diadakan pada 5 Januari, 2023 di Sunway Resort Hotel, telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Datuk Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi dan Datuk Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi. Turut hadir adalah Naib Canselor daripada institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Perlis, Sunway University, Heriot-Watt University Malaysia, University of Nottingham Malaysia, UOW Malaysia dan Universiti Multimedia.

GCA 2023 mengambil kira kemahuan dan keperluan lebih daripada 23,000 penuntut di pusat pengajian tinggi awam dan swasta – dalam pelbagai aspek – berserta majikan pilihan utama mereka. Keputusannya disemak oleh sekumpulan ahli audit bagi memastikan hasil keputusannya adalah bebas dan sah.

“Sejak penubuhannya pada 2018, GCA Talentbank telah menerima lebih daripada 200,000 undian terkumpul daripada graduan universiti, sekaligus memberikan makna kepada anugerah berkenaan yang berkait dengan kemahuan siswazah dalam pemilihan majikan.

“Penuntut pusat pengajian tinggi dan universiti mengundi selama 12 bulan untuk GCA 2023 dan memandangkan kami terus menerima bilangan undian yang kian meningkat saban tahun, golongan mahasiswa memberi isyarat kepada industri mengenai kepentingan penjenamaan majikan,” kata Ben Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank.

Beliau menambah, tanpa penjenamaan majikan yang betul, majikan berisiko tidak menggajikan pekerja berkebolehan yang tepat.

Anugerah Pilihan Graduan (GCA), menurutnya, merupakan sebahagian besar usaha untuk menambah baik landskap kebolehpasaran Malaysia. Ia memberikan laluan kepada graduan untuk mencari kerjaya pilihan mereka.

Tinjauan GCA 2023 menunjukkan peluang bekerja secara fleksibel merupakan ciri popular untuk pekerjaan di samping nilai untuk keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Gaji dan bonus, perkembangan kerjaya dan budaya syarikat kekal sebagai tiga ciri-ciri utama paling penting dan terdapat peningkatan ketara dalam kalangan graduan yang menjangkakan gaji antara RM3,000 dan RM3,500.

Mengenai topik kesediaan kerjaya, hasil keputusan GCA 2023 mendapati majikan memberikan rating kepada kesediaan kerjaya dalam kalangan graduan baru sebanyak 6 daripada 10, yang menunjukkan kepentingan untuk melengkapkan graduan baru ini dengan kemahiran yang mencukupi. Berdasarkan keputusan berkenaan, Talentbank menggalakkan penglibatan yang lebih aktif antara pihak universiti dan penuntut, di samping mencari kaedah alternatif bagi memastikan graduan cukup bersedia sebelum memasuki pasaran kerja.

“Kemahiran komunikasi dan interpersonal adalah kemahiran penting yang menjadi keutamaan majikan dalam kalangan graduan baru dan selain kemahiran akademik yang baik, pekerja berkebolehan yang mempunyai sikap yang baik sering dicari oleh majikan,” kata Ho.

Dalam ucapannya, Datuk Mohammad Yusof Apdal memuji Talentbank atas usahanya yang sejajar dengan pembangunan ekosistem kementerian dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk mengembangkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara.

“Sektor swasta menjalankan peranan besar dalam proses menambah baik kebolehpasaran graduan, manakala ia disokong oleh polisi yang tepat bagi mencipta suatu persekitaran mampan, Talentbank mengetengahkan saluran yang mana universiti dan industri mampu membentuk ekosistem berjaya yang menghubungkan majikan utama dan graduan,” katanya.

Menyedari evolusi berterusan pasaran kerja dan tuntutan kemahiran dalam tenaga kerja, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, bakat manusia masih penting meskipun dunia bergerak ke arah tenaga kerja yang lebih digital.

“Menurut kajian oleh McKinsey, pekerja berkebolehan yang unggul  boleh menjadi lapan kali lebih produktif. Malangnya, pekerja berkebolehan tidak mudah diperoleh. Pekerja berkebolehan besar agak berkurangan. Persaingan untuk menarik dan mengekalkan pekerja berkebolehan semakin sengit. Justeru, saya memuji Talentbank kerana memulakan perjalanan untuk mengiktiraf kepentingan penjenamaan majikan.”

“Ia tidak hanya memberi ganjaran kepada syarikat yang melakukan segalanya untuk membina suatu jenama dalam kalangan graduan universiti, namun lebih penting ia menyediakan penilaian yang adil dan teguh yang mana graduan boleh mula menyelidiki majikan dan kerjaya pilihan mereka,” katanya, sambil menambah bahawa penjenamaan majikan boleh menjadi suatu penyelesaian mudah untuk menarik perhatian calon utama.

“Jenama majikan yang kukuh meningkatkan peluang untuk mengambil pekerja berkebolehan secara ketara,” kata Timbalan Menteri berkenaan.

Juara Pilihan Graduan Majikan – Maybank

GCA 2023 menyaksikan jenama besar seperti Maybank, Petronas, Shopee, Google dan Microsoft berada dalam senarai 25 pilihan utama Pilihan Majikan Graduan (GCA) 2023. Turut berada dalam senarai adalah Maxis, Shell, EY, CIMB dan Intel. 

Jenama yang berada dalam senarai lima tahun berturut-turut adalah AIA Berhad bagi kategori insurans, Maybank bagi kategori perbankan, Nestlé bagi kategori makanan pengguna bergerak pantas (FMCG) dan Petronas untuk kategori kejuruteraan.

Pilihan Graduan Terbaik Majikan – Sunway Group

Talentbank turut mengumumkan Sunway Group meraih lima kedudukan Juara dalam sembilan kategori industri manakala Maybank meraih tiga Juara, dan menjadi Juara Keseluruhan untuk seluruh kategori. Petronas memenangi tiga Juara dalam empat kategori dan EY meraih anugerah dua Juara dalam bidang perakaunan dan perundingan.

“Kami menghargai semua pemenang atau kerja keras, keazaman dan kecemerlangan serta keunikan yang anda peroleh menerusi penjenamaan majikan yang luar biasa di Malaysia,” kata Ho.

Tags: Anugerah Pilihan GraduanGCATalentbank
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

Next Post

WIDE Technologies menampilkan PrimeCashX untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri perkhidmatan kewangan

Related Posts

Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022
Foto 1_ (Dari kiri) Thomas Tan Koon Peng, Pengarah LINK dan Pejabat BNM, Bank Negara Malaysia, Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKPK, Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian P
Berita Korporat

AKPK Lancar Aplikasi Diagnostik Kewangan dan Perakaunan

05 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA