EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Jun 9, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

Platform dagangan sosial ini mensasarkan untuk mencapai suatu ekosistem merangkumi pembuatan sehinggalah penghantaran, mengintai perkembangan ke arena ASEAN

by moneycompass
Februari 21, 2023
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

Petaling Jaya, 21 Februari 2023 – Sejak penubuhannya sebagai platform dropship pada 2021, SAYAJUAL.IO sudah berupaya mencuri perhatian industri.

Sehingga kini, platform dagangan sosial berkenaan berjaya memproses transaksi jualan berjumlah RM131 juta dan bayaran komisen sebanyak RM20 juta kepada lebih 15,000 penjual (reseller) berdaftar.

“Kami teruja untuk mencapai sasaran dua tahun kami untuk bergelar ‘mesin jualan’ terkemuka bagi membolehkan pemilik perniagaan menjana lebih jualan dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” kata Ts. Azrul Zafri Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif SAYAJUAL.IO yang mengasaskan syarikat berkenaan bersama lima yang lain.

SAYAJUAL.IO kini berhasrat mengumpulkan RM6 juta menerusi pendanaan awam dalam misinya untuk menjadi pilihan utama orang ramai menjana pendapatan menerusi dagangan sosial.

 “Menerusi PitchIN, kami mencairkan 13.5% saham untuk orang awam supaya mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik SAYAJUAL.IO. Kempen ini akan berjalan selama tiga bulan, ” tambahnya.

Pelaburan berkenaan bakal memenuhi matlamat syarikat untuk menyempurnakan ekosistem  dagangan sosial sepenuhnya dalam tempoh lima tahun – yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh daripada pembuatan produk kepada penghantaran ke pintu rumah pelanggan.

Antara usaha berkenaan adalah penubuhan SAYASIMPAN.IO iaitu suatu platform perkhidmatan gudang, SAYAHANTAR.IO (perkhidmatan kurier dan penghantaran), SAYAFOUNDER.IO (perkhidmatan pembuatan OEM) dan SAYABAYAR.IO yang meliputi perkhidmatan pembayaran digital.

 “Pada masa sama, SAYAJUAL.IO mengintai peluang untuk meluaskan perniagaannya ke pasaran ASEAN. Kami memulakannya dengan Indonesia memandangkan dagangan sosial mempunyai pasaran yang lebih luas di sana. Pengusaha perintis di Indonesia akan mula menggunakan platform SAYAJUAL.IO tahun ini,” kata Azrul Zafri.

Sejak penubuhannya, platform berkenaan mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 100% pada 2022 dibandingkan dengan 2021, manakala transaksi jualan dan penjual juga menunjukkan peningkatan berganda dalam tempoh hanya setahun dengan pertambahan bilangan pengusaha yang menyertai platform berkenaan.

Antara pengusaha terkemuka yang menjadi sebahagian daripada SAYAJUAL.IO adalah Kak Ell Cosmetics, Talia Beauty, Bulan Bintang dan Quran Humaira.

“Kami turut mengharapkan untuk mencapai transaksi jualan sebanyak RM700 juta menerusi platform terbabit dalam tempoh dua tahun, dan kami yakin ia mampu dicapai,” tambah Azrul Zafri. Dikenali dalam bidang perniagaan peruncitan digital dan dalam talian, adik beradiknya pula merupakan pengusaha di sebalik jenama terkenal seperti Hausboom dan Bulan Bintang.

SAYAJUAL.IO dimiliki dan dibangunkan oleh AZOR Industries Sdn Bhd iaitu syarikat penyedia solusi IT, yang mengkhusus dalam kejuruteraan dan pembangunan perisian. AZOR diasaskan oleh pasukan berpengalaman dalam industri IT dan mempunyai latar belakang dalam pelbagai projek IT sebelum pasukan terbabit membangunkan SAYAJUAL.IO.

Platform berkenaan membantu untuk menghubungkan pemilik atau pengusaha perniagaan dalam talian, menguruskan operasi jualan mereka dari segi pengurusan tempahan, pengurusan inventori, pengurusan kurier, alat pasaran dan pengurusan penjual. Pada masa sama, SAYAJUAL.IO membantu penjual – juga dikenali sebagai peniaga dropship, stokis dan ejen – untuk menghantar tempahan mereka semasa aktiviti jualan berlangsung.

SAYAJUAL.IO diintegrasikan dengan perkhidmatan kurier seperti Ninja Van, POS Malaysia dan DHL untuk proses penghantaran menyeluruh bagi memastikan bahawa proses penempahan dari awal ke akhir dapat dilaksanakan tanpa sebarang kebimbangan sehinggalah pelanggan menerima barangan mereka. Platform berkenaan juga diintegrasikan dengan penyedia laluan pembayaran digital dan memberi peluang untuk menjana pendapatan dengan menjadi penjual, peniaga dropship, ejen atau stokis.

“Secara ringkasnya, SAYAJUAL.IO membantu pemilik perniagaan dalam talian meningkatkan operasi dengan mengawal proses perniagaan dan membantu mereka untuk melatih penjual berkualiti menambah baik jualan. Pada masa sama, kami berharap untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa sebarang modal dan fleksibiliti untuk melakukan jualan secara dalam talian dari rumah,” kata Azrul Zafri.

 

(Dari kiri ke kanan) Hafidz Johari, Sharil Tarmizi, Azrul Zafri, Azzim Zahid (Bulan Bintang owner), Aina Kamalia, Lily Diana
Tags: SAYAJUAL.IO
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

WIDE Technologies menampilkan PrimeCashX untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri perkhidmatan kewangan

Next Post

Global Reskilling Movement: Mencipta Dunia Yang Lebih Baik Untuk Setiap Orang Menikmati Akses Mudah Kepada Pendidikan Berkualiti

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA