EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Oktober 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Global Reskilling Movement: Mencipta Dunia Yang Lebih Baik Untuk Setiap Orang Menikmati Akses Mudah Kepada Pendidikan Berkualiti

by moneycompass
April 27, 2023
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA, 27 April 2023 – Global ReSkilling Movement (GRM), adalah suatu inisiatif bermatlamat untuk mewujudkan peluang pendidikan yang membantu individu di seluruh dunia dari segi peningkatan kemahiran (upskill) dan latihan kemahiran semula (reskill). Kemajuan dalam bidang teknologi dan automasi sentiasa mencorakkan semula dunia, dan semakin sukar bagi pekerja untuk kekal berdaya saing di tempat kerja. Di Malaysia sahaja, sehingga 60,000 orang mungkin kehilangan pekerjaan tahun ini dengan pemberhentian kerja dijangka melanda pelbagai sektor di negara ini. Di peringkat dunia, keadaannya lebih teruk. 

Misinya untuk melengkapkan 100 juta individu di seluruh dunia dengan pendidikan berkualiti, membantu mereka menyerlahkan potensi sebenar dan mengubah kehidupan mereka untuk masa hadapan yang lebih baik. Dengan menyediakan sokongan reskilling dan upskilling, GRM akan berusaha untuk mewujudkan laluan global mantap ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan dan masa hadapan yang lebih baik, dengan individu yang menerima sokongan ini 10 kali kurang kemungkinan untuk berhenti kerja dan berkembang maju dalam kerjaya mereka.

“Institut McKinsey Global menganggarkan seramai 375 juta pekerja terpaksa bertukar pekerjaan atau memperoleh kemahiran baharu menjelang 2030 disebabkan kecerdasan buatan dan automasi. Penyelidikan daripada Forum Ekonomi Dunia turut mencadangkan bahawa sekiranya kadar semasa upskilling tenaga kerja tidak meningkat, kemungkinan ia akan mengambil masa beberapa dekad bagi golongan bakal pekerja bersedia untuk masa depan pekerjaan,” kata Ketua Global Initiator GRM Jin Tan.

Ketua Pemula Global Pergerakan Kemahiran Semula Global, Jin Tan, berkongsi visinya untuk masa depan yang lebih baik dengan pendidikan berkualiti

“Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan persekitaran kerja menjadi semakin penting apabila kadar perubahan kian pantas. Ia merupakan komponen penting untuk kekal berdaya saing dalam pasaran kerja yang pesat berkembang hari ini, dan faktor penting kejayaan kerjaya jangka panjang.” 

 

GRM berharap untuk menambah baik landskap pekerjaan global dengan bantuan penaja yang bermurah hati di seluruh dunia. Sumbangan daripada penaja akan ditukar kepada akaun pembelajaran digital yang memberi tumpuan kepada kerjaya dan pendidikan kemahiran teknikal, yang akan diagihkan kepada individu yang perlu memperbaiki kehidupan mereka. 

 

“Menguasai bidang kemahiran seperti celik digital, pemikiran kritis, komunikasi silang budaya, kebolehan menyesuaikan diri, dan pemikiran keusahawanan, sememangnya perlu bagi mana-mana individu yang menyasarkan kejayaan dalam pasaran global. Misi GRM adalah untuk memastikan bahawa proses pembangunan diri adalah mudah dan jelas untuk semua orang,” kata Pengerusi GRM Datuk Azhar Muhammad.

YBHG Dato Azhar Muhammad D.S.S.A, J.P

Pengerusi Penganjur GRM Aimi Salma berkata, landskap pekerjaan hari ini yang semakin kompetitif bermakna pekerja tidak boleh hanya bergantung kepada pengetahuan teknikal untuk berkembang maju dalam kerjaya mereka.

 

“Kecekapan teknikal sememangnya penting, namun ia tidak mencukupi bagi individu untuk berkembang maju dalam kerjaya mereka. Tempat kerja pula sentiasa berubah dan individu harus berupaya untuk mempelajari kemahiran baharu apabila diperlukan,” katanya. 

Pengerusi Penganjur GRM Malaysia, Aimi Salma, menyampaikan ucapan untuk pelancaran

GRM terbentuk berasaskan tiga tonggak: 

Pendidikan berkualiti: GRM percaya pendidikan seharusnya menggabungkan trend pembelajaran terkini, menggalakkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Misinya untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia moden ini.

Pembelajaran yang Boleh Dicapai: GRM percaya peluang pembelajaran seharusnya boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira status kewangan atau sosial mereka. Ia bermatlamat untuk menyediakan pendidikan yang direka bagi memenuhi keperluan individu kurang berkemampuan yang mungkin berhadapan dengan halangan untuk belajar.

Menambah Pekerjaan dan Merangsang Pertumbuhan Ekonomi: GRM bermatlamat untuk menangani jurang kemahiran dengan menyediakan program pendidikan yang sejajar dengan permintaan pasaran kerja moden. Dengan berbuat demikian, ia boleh merapatkan jurang antara pencari kerja dan majikan, menggalakkan pembelajaran kerjaya dan inovasi serta menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

Misinya adalah untuk melengkapkan 100 juta individu di seluruh dunia dengan pendidikan berkualiti, membantu mereka menyerlahkan potensi sebenar dan mengubah kehidupan mereka untuk masa hadapan yang lebih baik. Dengan menyediakan sokongan reskilling dan upskilling, GRM akan berusaha untuk mewujudkan laluan global mantap ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan dan masa hadapan yang lebih baik, dengan indvidu yang menerima sokongan ini 10 kali kurang kemungkinan untuk berhenti kerja dan berkembang maju dalam kerjaya mereka.

“Hanya dengan secebis harapan, anda boleh mengubah kehidupan dan melabur untuk masa hadapan kita. Kita mampu bersama-sama mewujudkan masyarakat yang lebih berkemahiran dan makmur untuk semua,” kata Tan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GRM, sila layari www.grm.today hari ini. 

 

Tags: Global ReSkilling MovementGRM
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

Next Post

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

Related Posts

Berita Korporat

Generali Malaysia dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Terbaik Antarabangsa pada Anugerah Insurans Asia 2023

03 Ogo 2023
Berita Korporat

Generali Malaysia Memperkasakan Pemimpin Hari Esok Demi Mengejar Impian Mereka

25 Jul 2023
Authority Institute
Berita Korporat

Maverick Foo daripada Authority Institute Dinobatkan Sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia

30 Jun 2023

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA