EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Oktober 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

by moneycompass
Mei 22, 2023
in Berita Terkini
Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan menanam sejumlah 600 pokok

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LANGAT, 22 Mei 2023 – Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa yang diraikan setiap 22 Mei, seramai 130 sukarelawan daripada segenap usia telah berkumpul di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) di Selangor pada 20 Mei untuk menanam sejumlah 600 pokok bagi membantu memulihkan hutan paya gambut negara dan membawa perubahan untuk masa depan generasi akan datang.

Penanaman pokok di hutan paya gambut adalah penting untuk memelihara kepelbagaian biologi kehidupan kerana hutan tersebut merupakan satu ekosistem penting yang menyokong spesies tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang unik dan pelbagai. Hutan paya gambut juga memainkan peranan kritikal dalam menangani perubahan iklim, menyimpan karbon dan air serta memelihara kepelbagaian hidupan.

Usaha penanaman pokok juga mampu memulihkan hutan paya gambut yang terosot dan terancam. Usaha-usaha untuk memulihkan HSKLU, sebuah hutan paya gambut yang mudah rosak dan memerlukan pemulihan, telah berlangsung sejak tahun 2015 melalui inisiatif pembasahan semula (pengurusan hidrologi), penanaman semula (menanam pokok) dan pengurangan kebakaran (pemantauan hutan berasaskan komuniti) melalui kerjasama Sahabat Gambut Asli Temuan (SGAT), Global Environment Centre (GEC) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Sukarelawan menanam sejumlah pokok di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)

Turut diadakan juga program yang telah lama berlangsung iaitu Penanaman Pokok Bulanan yang dianjurkan secara bersama oleh GEC, JPNS, Pertubuhan Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara dan SGAT yang juga menyokong Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Usaha penanaman semula ini telah berjaya meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan usaha pemulihan hutan paya gambut menerusi penglibatan masyarakat.
BOH Plantations (BOH) telah terlibat dalam Usaha Pemulihan dan Pengurusan Air Hutan Paya Gambut oleh GEC di HSKLU sejak tahun 2015. Kini, sebagai pernyataan program kemampanan jangka panjang BOH yang bertemakan ‘BOH, A Cup of Sustainabili-tea’, syarikat tersebut telah menaja usaha penanaman pokok termasuk penjagaan dan pengurusan tumbuhan tersebut.

Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BOH Plantations Sdn Bhd, berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang terhutang budi kepada alam sekitar atas kejayaan dan legasi yang dikecapi, kelestarian alam adalah suatu yang diutamakan dalam merealisasikan matlamat kami untuk menjadi penanam teh yang mampan sepenuhnya pada masa akan datang.

“Kami mengutamakan ekosistem seimbang di kawasan hutan sekeliling semua ladang teh kami. Di Ladang BOH Bukit Cheeding, yang berada pada kedudukan unik bersebelahan dengan HSKLU, kami mengekalkan zon penampan di antara kawasan penanaman kami dengan hutan berkenaan bagi memelihara kepelbagaian biologi hidupan dan keutuhan tanah.

“Usaha penanaman pokok ini adalah sebahagian daripada program kemampanan jangka panjang syarikat yang bertemakan ‘BOH, A Cup of Sustainabili-tea’. Kami amat gembira dan berbesar hati untuk memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dan pemulihan serta kelestarian hutan tanah gambut negara.”

Ke-4 dari kiri Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations,
bersama rakan kongsi program dan ahli pasukan BOH

Mengulas mengenai usaha pemulihan hutan paya gambut HSKLU, Faizal Parish, Pengarah Global Environment Centre (GEC), berkata, “Sejak beberapa tahun lalu, kerjasama pelbagai pihak berkepentingan untuk memulihkan hutan paya gambut negara telah menghasilkan perkembangan yang positif. Melalui sokongan JPNS, penglibatan aktif SGAT, jalinan kerjasama sektor awam-swasta yang menyokong serta peningkatan libat urus masyarakat, kami mampu mewujudkan pendekatan pengurusan hutan paya gambut yang mampan dan membantu dalam mengekalkan nilai kawasan tersebut serta pada masa sama memelihara kekayaan kepelbagaian biologi dan mengekalkan manfaat ekosistem serta mengawal perubahan iklim.”

Tema Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023 ‘Daripada Persetujuan kepada Tindakan: Bina Kembali Kepelbagaian Biologi’ (‘From Agreement to Action: Build Back Biodiversity’) merupakan peringatan yang bertepatan pada masanya agar kita memainkan peranan untuk mengembalikan dan membina semula hutan paya gambut negara bagi memelihara kepelbagaian biologi dan menyumbang kepada bumi yang lebih sejahtera.

Untuk mengambil bahagian dalam inisiatif-inisiatif Penanaman Pokok GEC pada masa hadapan, layari laman www.gec.org.my.

Tags: BOH Plantations Sdn BhdGlobal Environment Centre (GEC)Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)kelestarianpemulihanPenanamanSahabat Gambut Asli Temuan (SGAT)
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Global Reskilling Movement: Mencipta Dunia Yang Lebih Baik Untuk Setiap Orang Menikmati Akses Mudah Kepada Pendidikan Berkualiti

Next Post

SIBS Meraih Projek Pembinaan Apartmen Modular Berbilion Ringgit di NEOM, Arab Saudi

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA