Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 – Generali Malaysia telah dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Antarabangsa Terbaik 2023 – Malaysia untuk tahun kelapan berturut-turut pada Anugerah Insurans Asia 2023 baru-baru ini. Kemenangan ini mencipta rekod bagi Generali sebagai syarikat insurans am yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang mencapai kemenangan berturut-turut ini.
Gelaran yang didambakan ini menjadi satu lagi titik pencapaian bagi Generali, selepas berjaya mengambil alih usaha sama AXA Affin dan MPI Generali Insurance Berhad. Kejayaan ini membuktikan kedudukan Generali sebagai salah satu penanggung insurans am terbesar dan terkemuka di Malaysia dalam memberikan produk dan perkhidmatan yang inovatif, diterajui oleh pengalaman pelanggan dan teknologi digital.
Diadakan pada 27 Julai 2023 di Pusat Ekspo & Konvensyen Sands, Singapura, Anugerah Insurans Asia mengiktiraf syarikat-syarikat insurans terkemuka yang telah memberikan impak besar kepada pelanggan dengan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dan mengatasi jangkaan. Penerima anugerah dipilih selepas melalui proses pemilihan yang teliti oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar industri.
Berkongsi kegembiraan atas pencapaian ini tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia ― Fabrice Benard. Dengan pengalaman dalam aspek teknikal dan strategi selama lebih 20 tahun dalam Insurans Am, ditambah pula rekod pencapaiannya sebagai pengurus kanan bagi institusi kewangan bereputasi tinggi serta empat firma besar di Perancis, Itali, Timur Tengah dan Asia, Fabrice juga telah menerima anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik kerana menerajui projek pergabungan yang mendorong Generali Malaysia menjadi penanggung insurans am kedua terbesar di Malaysia.
“Tahun 2023 merupakan tahun transformasi bagi Generali Malaysia apabila kami menjalankan strategi ‘Rakan Sepanjang Hayat’ kami dengan pengambilalihan yang mengubah corak pelaksanaan, dan memberi kami skala, kepakaran dan jaringan yang lebih luas untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Dua anugerah berprestij ini mengesahkan prestasi kami sebagai penanggung insurans yang dipercayai serta komitmen kami kepada pelanggan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang kami hargai, rakan kongsi perniagaan, ejen, broker, pengedar dan rakan sekerja—semua ini tidak mampu kami capai tanpa sokongan dan kepercayaan yang berterusan daripada mereka,” kata Fabrice.
Resipi kemenangan Generali terletak pada Warga Kerjanya — pemangkin dalam melaksanakan dan mendukung matlamatnya serta hasrat Rakan Sepanjang Hayat. Disokong oleh sejarah yang panjang dan legasi yang menjangkau lebih 190 tahun, Generali berusaha untuk mengutamakan pelanggan dalam setiap strateginya, menangani keperluan perlindungan mereka dan memberikan perkhidmatan yang bermakna melalui ‘Usul Nilai Peribadi’, ‘Nasihat Fizikal-Digital’ dan ‘Pengalaman Mudah dan Prihatin’.
Usaha ini juga membuktikan komitmen Generali dalam mencari jalan bagi membantu pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan melalui pelancaran inisiatif andalannya, The Human Safety Net “Projek Makan Sihat”. Projek Makan Sihat ialah aktiviti pengumpulan dana tempatan sempena aktiviti pengumpulan dana global anjuran The Human Safety Net. Bersama rakan NGO, Yayasan Generasi Gemilang, inisiatif ini telah berjaya mengumpul RM273,751 bagi mencegah masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga di PPR Lembah Subang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.generali.com.my.
Discussion about this post