Meningkatkan Kehidupan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik dan
Meraikan Impak Selama 20 Tahun
Pasukan dari Roche (Kiri ke Kanan): Arno Kamm, Deepti Saraf, Heng Chai Yin dan Puan Mia dari Rumah Perlindungan Safiyyah
SELANGOR, 17 Ogos, 2023 – Sambutan Roche Children’s Walk 2023 meraikan usaha dan dedikasi selama dua dekad dalam meningkatkan kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia. ‘Walk’ atau aktiviti ‘Berjalan Kaki’ ini merupakan simbol cara kami menyumbang kembali kepada masyarakat demi membina masa depan yang lebih sihat untuk kanak-kanak yang sedang berdepan dengan cabaran. Di Malaysia, lebih 1,000 kakitangan Roche daripada divisyen Farmaseutikal, Diagnostik dan Perkhidmatan & Penyelesaian telah berganding tenaga dalam memperkasakan acara mengumpul dana tahunan ini dan berjaya mengumpul RM 75,000 bagi menambahbaik kehidupan kanak-kanak di Rumah Perlindungan Safiyyah.
Roche Children’s Walk menyediakan kepelbagai cara bagi kakitangan Roche Malaysia untuk mengambil bahagian – sama ada dengan memberi sumbangan tunai atau menjadi sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti mengumpul dana. Beberapa bulan telah dikhususkan bagi penganjuran pelbagai aktiviti seperti lelongan bid4Charity, pesta ria, malam tontonan wayang yang turut melibatkan kanak-kanak dari rumah amal tersebut, seperti gerai jualan yang memaparkan aneka kek dan roti serta jualan barangan Roche Children’s Walk seperti baju-t.
Demi untuk memperingati ulang tahun global ke-20 Roche Children’s Walk, kakitangan Roche Malaysia bersatu dalam menghidupkan impian murni kanak-kanak di Rumah Perlindungan Safiyyah. Gabungan dedikasi mereka merealisasikan kesemua 23 impian pendidikan dan eksperimentasi kanak-kanak ini, yang turut merangkumi buku, barangan sukan dan peralatan peribadi. Usaha berinspirasi ini menzahirkan keprihatinan kolektif dan meninggalkan tanda yang tidak dapat dilupakan di hati kedua-dua pemberi dan penerima.
Meraikan ulang tahun global ke20 Roche Children’s Walk

Inisiatif ini ditamatkan dengan kejayaan acara berjalan kaki sejauh 2km di sekeliling kawasan Sunway yang melibatkan lebih 400 kakitangan Roche Malaysia dan majlis penyerahan cek kepada Rumah Perlindungan Safiyyah.
Acara berjalan kaki besama sama dengan kanak kanak dari Rumah Perlindungan Safiyyah

Dalam ucapan alu-aluan beliau pada acara tersebut, Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd, divisyen farmaseutikal syarikat, berkata, “Hari ini kita bukan sahaja meraikan pencapaian masa lalu tetapi juga potensi masa depan yang tanpa sempadan. Kita telah menganjurkan Roche Children’s Walk di Malaysia selama hampir 10 tahun dan telah membantu lebih 250 kanak-kanak serta mengumpul dana yang melebihi RM300,000. Usaha mengumpul dana tahun ini melepasi RM63,200 yang dicapai tahun lalu, iaitu RM 75,000. Saya amat berbangga dengan sifat pemurah hati dan sumbangan yang diberikan semua kakitangan. Sumbangan ini akan dilaburkan dalam menyokong keperluan sewa, utiliti dan perbelanjaan lain Rumah Perlindungan Safiyyah. Sungguh berinspirasi untuk melihat bagaimana usaha kolektif kakitangan akan memberi impak positif terhadap kehidupan anak-anak muda ini.”
Bercakap bagi pihak Rumah Perlindungan Safiyyah, Puan Mia, ibu yang mengasas rumah tersebut berkata, “Kami amat berterima kasih dan menghargai dana yang dikumpulkan daripada pasukan Roche di Malaysia yang akan membantu dalam memenuhi keperluan pengendalian rumah ini, antaranya bagi penyediaan makanan berkhasiat dan melengkapkan keperluan pendidikan kanak-kanak. Selain itu, kami juga bersyukur kerana kakitangan Roche telah menaja barangan keperluan asas seperti makanan, kelengkapan dandanan diri, pakaian dan alat tulis. Anak-anak rumah ini juga gembira menonton filem Mission Impossible di panggung wayang baru-baru ini serta bersukan dengan bermain badminton dan futsal bersama kakitangan Roche. Komitmen Roche ini telah memberikan mereka harapan, peluang dan ruang bagi membentuk masa depan yang lebih cerah. Seikhlas terima kasih daripada kami kepada Roche.”
Ulang tahun ke-20 usaha tanggungjawab sosial korporat Roche adalah satu pencapaian mengagumkan yang ditegaskan oleh komitmen berterusan syarikat dalam membentuk impak positif kepada masyarakat secara berterusan.

Discussion about this post